Lagi Cubaan Terjun Jambatan, Bomba Pujuk Dengan Rokok [Video]

Lagi Cubaan Terjun Jambatan, Bomba Pujuk Dengan Rokok

Sharing is caring!

Tindakan anggota bomba dan penyelamat ‘mengumpan’ sebatang rokok, 
berhasil apabila berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai mahu membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Muar.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Kejadian dilaporkan berlaku jam 9.30 malam di atas Jambatan Sultan Ismail, Muar.

Jurucakap bomba berkata, 9 anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

“Tiba di lokasi kami mendapati seorang lelaki dilihat cuba terjun ke dalam sungai berkenaan.

“Pelbagai pujukan dibuat pada awalnya tetapi gagal. Namun tindakan seorang anggota kami mengumpannya dengan sebatang rokok berjaya memujuk mangsa naik dan telah menyelamatkanya” katanya.

Adegan di jambatan itu berakhir setengah jam kemudian dan lelaki berkenaan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : FB

Video :

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: