Taiping Tempat Ketiga Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia

Taiping menang tempat ketiga Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia

Sharing is caring!

Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 yang berlangsung di Berlin, Jerman, semalam.

Pengiktirafan ‘Sustainable Destination Top 100’ itu bagi mengiktiraf usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan industri pelancongan yang lebih bertanggungjawab terutama bagi kelestarian alam sekitar.

Kemenangan itu rentetan dari bandar Taiping yang dicalonkan sebagai finalis bagi kategori ‘Best of Cities’ pada 20 Februari lalu ; Datuk Abd Rahim Md Ariff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Dalam pada itu, Abd Rahim berkata, MPT akan terus berusaha mendapatkan dana dan peruntukan dari pelbagai sumber untuk pembangunan pelancongan khususnya di Taman Botani, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping & Night Safari.

Abd Rahim mewakili MPT menerima anugerah itu di Berlin, semalam, dengan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing; serta Setiausaha MPT, Borhan Abdul Halim.

Pada majlis itu, Ljubijana, Slovenia, dinobatkan sebagai pemenang pertama, manakala Vancouver, Kanada, memenangi tempat kedua kategori sama.

 

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: