Anwar Isytihar Aset RM10.74 Juta

Anwar Isytihar Aset RM10.74 Juta

Sharing is caring!

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan hartanya yang bernilai RM10.74 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha politiknya, Shukri Saad dalam satu kenyataan berkata, antara harta diisytiharkan anggota parlimen Port Dickson itu ialah rumah di Bukit Segambut yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta.

Anwar hari ini mengisytiharkan nilai keseluruhan aset miliknya adalah sebanyak RM10.74 juta

Katanya, kediaman itu pada mulanya dibeli Anwar pada harga RM4.5 juta selepas rumah terdahulu – di Bukit Damansara – dijual pada 2005.

“Turut diisytiharkan, sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000.

“Nilai anggaran tanah tersebut ketika ini ialah RM420,000.

“Harta selebihnya daripada akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.

“Dengan ini, dimuktamadkan jumlah harta milik Anwar ialah RM10,748,658.83,” katanya.

Awal Januari lalu, Anwar menegaskan beliau mempunyai masa tiga bulan sebelum mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Tempoh itu berkuat kuasa selepas beliau mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson pada 15 Oktober lalu.

Menduduki senarai teratas yang mempunyai nilai aset tertinggi adalah Ahli Parlimen Segamat, Datuk Dr R Santhara Kumar (RM132.1 juta), diikuti Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham (RM77.0 juta); Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (RM32.3 juta); Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (RM25.1 juta) dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof (RM23.0 juta).

Senarai teratas bagi pendapatan bulanan tertinggi pula didahului oleh Mukhriz (RM105,641.76); Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming (RM101,160); Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (RM91,150); Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (RM86,464,92) dan dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian (RM83,736.48).

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: