Kanak-kanak Parah Diserang Anjing [Video]

Kanak-kanak Parah Diserang Anjing [Video]

Sharing is caring!

Tindakan berani seorang wanita berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak dari menjadi mangsa serangan ganas dua ekor anjing.

Skrol ke bawah untuk lihat video….

Dalam video berdurasi hampir dua minit yang tular itu memaparkan dua ekor anjing sedang berkejaran ketika terdapat tiga orang kanak-kanak berdekatan kawasan letak kereta berhampiran.

Dua dari kanak-kanak tersebut melarikan diri arah yang berlainan namun seorang lagi lari ke arah hadapan sebuah bangunan dan telah menarik perhatian anjing tersebut.

Anjing tersebut kemudiannya mengejar kanak-kanak malang tersebut dan berjaya menggigit kakinya menyebabkan kanak-kanak tersebut jatuh dan mula diserang.

Dua orang wanita dilihat berlari untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Salah seorang wanita bertindak menarik kanak-kanak tersebut dan melindunginya dari terus diserang kejam oleh anjing-anjing tersebut, seorang wanita berjaya menarik seekor lagi anjing namun seekor anjing berwarna hitam terus cuba menyerang untuk mendapatkan kanak-kanak itu.

Drama tersebut berakhir dengan anjing hitam tersebut mengalah dan melarikan diri.

Kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital dengan kecederaan yang agak teruk. Bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan jenayah terhadap pemilik anjing.

Luka akibat serangan anjing

Ramai yang menyangka kejadian berlaku di Malaysia berikutan terdapat sebuah kereta yang kelihatan seperti Proton Gen-2 dalam video tersebut, namun kejadian sebenar dipercayai berlaku di Kaherah, Mesir.

Sumber : Daily mail

Video

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: