LEBAH Bersarang Di Dalam Rumah.. Apa Perlu Kita Lakukan ? [VIDEO]

LEBAH Bersarang Di Dalam Rumah.. Apa Perlu Kita Lakukan ? [VIDEO]

Sharing is caring!

Pernah anda mengalami situasi LEBAH bersarang didalam rumah atau berhampiran sangat dengan laluan kita???

Dalam fikiran kita kene hapus atau musnahkan lebah tu kerana boleh mengancam keselamatan kita atau orang sekeliling… Betul tak….

Nanti dulu anda pernah dengan dengan pasukan MYBeeSavior.. Mereka adalah team penyelamat lebah

LIHAT VIDEO MENYELAMAT DIBAWAH

Kenapa ambil kisah sangat dengan lebah?

Tahukah anda, di barat, lebih 10 juta koloni lebah telah hilang? Bukan 10 juta lebah, tapi 10 juta koloni..maksud koloni ni macam keluarga, lebih 10 juta keluarga lebah telah hilang atas fenomena yang mereka panggil Colony Collapse Disorder (CCD).

Kalau satu koloni ada 10,000 individu lebah, berapa jumlah lebah sudah hilang? 100,000,000,000 individu lebah (100 bilion individu lebah)!

Dan negara kita Malaysia juga pernah alami kehilangan hampir seluruh koloni lebah ternak bermula sekitar tahun 1996 yang menyebabkan para penternak lebah menghadapi kerugian besar, industri penternakan lebah lumpuh.

Beberapa tahun kebelakangan ini, populasi lebah mula meningkat semula. Namun yang kasihannya, sumber makanan lebah makin berkurang, tempat untuk bersarang pun makin terhad.

Hutan-hutan sudah bertukar kepada ladang kelapa sawit atau dibangunkan jadi kawasan perumahan dan perindustrian.
.

Maka tidak peliklah jika sering didapati lebah bersarang di kawasan kediaman.

Bagaimana nak bantu lebah terus hidup?

Mulakan dengan ambil tahu mengenai lebah, bagaimana tingkah laku lebah, apa yang patut dan tidak patut dilakukan bila berdepan lebah, apa sumbangan lebah, apa akan jadi kalau lebah sudah tiada lagi dan lain-lain lagi.

Kami akan kongsikan di sini serba ringkas apa yang kami tahu.

Jom sama-sama selamatkan lebah…lestarikan lebah, demi kelestarian sejagat.

Kredit : MY BEE SAVIOR

FB : https://www.facebook.com/penyelamatlebah/

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: