Nak Bunuh Kutu, Satu Badan Terbakar

Nak Bunuh Kutu, Satu Badan Terbakar

Sharing is caring!

Kerana mahu menghapuskan kutu di kepalanya, seorang remaja perempuan disambar api selepas melumur rambutnya dengan minyak tanah dalam satu kejadian di Erzincan di wilayah timur Turki.

Mirror Online melaporkan, Gozde K, 16, mencurahkan minyak tanah pada rambutnya untuk mengatasi masalah menjengkelkan itu selepas dinasihati seorang rakan.

Bagaimanapun, dia tersentuh pemanas gasolin ketika berada di bilik mandi menyebabkan api menyambar lalu membakar dirinya seterusnya mengakibatkan lecuran serius di seluruh tubuh.

Gorde dibawa ke unit kecemasan Hospital Penyelidikan Yakutiye Universiti Ataturk sebelum dipindahkan ke unit penjagaan rapi untuk rawatan lanjut manakala Erdal yang terbakar pada tangannya juga dirawat di hospital sama.

Erdal berkata, rakan dan keluarga mereka melancarkan kempen di media sosial mengumpul dana untuk membantu keluarganya dengan kos perubatan.

Sumber : Hmetro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: