Motosikal Terbang, Tersangkut Atas Talian Elektrik

Motosikal Terbang, Tersangkut Atas Talian Elektrik

Sharing is caring!

Sebuah motosikal melambung dan tersangkut di atas talian elektrik setinggi 10 meter selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di daerah Kap Choeng, wilayah Surin, timur laut Thailand semalam.

Motosikal itu sebenarnya dibawa di atas sebuah lori pikap jenis Isuzu sebelum kenderaan itu terbabas ketika mengelak sebuah lagi motosikal yang melawan arus.

Bangkok Post melaporkan, impak kemalangan tersebut menyebabkan motosikal yang dibawa menggunakan sebuah pikap terbang ke udara sebelum tersangkut pada talian elektrik bervoltan tinggi itu.

Kemalangan itu menyebabkan lima orang yang berada di dalam lori pikap itu cedera dan dibawa ke Hospital Kabchoeng.

Gambar motosikal yang tersangkut itu juga tular di media sosial di Thailand dan ramai tidak percaya kenderaan itu boleh melambung setinggi itu.

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: