![‘Mulia’ Sungguh Hati Kau Penyamun [Video] ‘Mulia’ Sungguh Hati Kau Penyamun [Video]](https://i.imgur.com/n7sOAyQ.jpg)
Tak sangka serorang penyamun masih berjiwa murni setulus hati. Ini dibuktikan dalam kejadian yang berlaku di Heyuan, China.
SKROL KE BAWAH UNTUK VIDEO..
Ketika kejadian yang dirakam CCTV itu, seorang wanita sedang mengeluarkan wangnya di mesin ATM sebelum seorang lelaki menghampiri untuk menyamunnya.
Wanita yang terkejut dan ketakutan itu kemudiannya menyerahkan sejumlah wang yang baru dikeluarkannya, namun penyamun tersebut kelihatan teruja untuk melihat baki akaun yang dipapar di mesin ATM tersebut, namun kelihatan mengembalikan semula wang wanita itu setelah melihat baki akaunnya.
Lelaki tersebut kemudiannya meninggalkan wanita tersebut yang terpinga-pinga.
Video yang tular kemudiannya mendapat perhatian warga internet.
Penyamun yang tidak bertopeng itu kemudiannya ditahan oleh pihak polis hasil rakaman CCTV tersebut, namun netizen menganggap beliau sebagai ‘penyamun berhati mulia’ dan mendapat pujian ramai di internet.
Sumber : Awani
Video
Ikuti kami di :