Penyelam Ditelan Ikan Paus [Video]

Penyelam Ditelan Ikan Paus [Video]

Sharing is caring!

Seorang penyelam berdepan detik cemas apabila dia nyaris ditelan seekor ikan paus jenis Bryde sepanjang hampir 13 meter ketika merakamkan sebuah dokumentari di sini pada 16 Februari lalu.

Ketika kejadian, Rainer Schimpf, 51, yang merupakan Pengarah Dive Expert Tours berada di perairan Pelabuhan Elizabeth, Cape Town di Afrika Selatan bersama-sama pasukannya untuk merakam aktiviti ikan sardin.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana ikan paus itu boleh menarik saya, tetapi saya sedar sudah termasuk ke dalam mulutnya kerana merasai tekanan kuat pada bahagian pinggul. Dalam situasi itu, saya hanya mampu bergantung kepada naluri,” katanya.

Disebabkan itu, Schimpf terus menahan nafasnya kerana khuatir ikan gergasi itu akan menyelam jauh ke dasar dan meludahnya di sana.

Namun, ikan paus tersebut meluahkannya kembali seakan-akan ia tahu sudah tersilap menelan sesuatu yang bukan makanan buruannya.

Berat paus Bryde boleh mencapai sehingga 20 tan, dan penyelam operator pelancongan lain yang menyaksikan peristiwa berkenaan mengakui sirip mamalia itu berupaya memecahkan tulang rusuk manusia.

“Ikan paus bukanlah pemangsa yang memakan manusia dan ini hanyalah kemalangan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, sudah pasti saya tidak mahu melalui saat itu sekali lagi,” jelasnya

 

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: