Korek Hidung dan MAKAN!

Korek Hidung dan MAKAN!

Sharing is caring!

Sanggupkah anda korek hidung dan makan tahi hidung? Atau makan kembali makanan yang  telah jatuh ke lantai? Pasti ramai yang sanggup jika kajian oleh seorang pakar ini diambil sebagai rujukan.

Menurut Daily mail, Dr. Meg Lemon, ahli dermatologi dari Denver, Colorado, Amerika Syarikat, mendedahkan badan kepada pelbagai jenis bakteria dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi dan pertahanan semula jadi badan terhadap jangkitan dan alergi.

“Saya tidak kisah jika anak-anak saya mengutip makanan yang jatuh dan memakannya kembali.”

“Saya juga beritahu orang ramai perkara yang sama dan mereka sepatutnya juga boleh makan tahi hidung mereka sendiri untuk meningkatkan imunisasi badan. Sistem imunisasi juga perlu sentiasa bekerja untuk bertahan dalam badan.”

Beliau juga merujuk kepada buku tulisan Matt Richtel ‘ An Elegant Defense : The Extraordinary New Science of the Immune System’.

Sanggup anda makan makanan yang dah jatuh ke lantai?

Menurut buku tersebut juga, kadar alergi di Amerika Syarikat menunjukkan kenaikan khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Dr. Meg Lemon adalah pakar dermatologi yang diiktiraf oleh Lembaga Dermatologi Amerika.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: