Liverpool Singkirkan Bayern Munich [Video]

Liverpool Singkiarkan Bayern Munich [Video]

Sharing is caring!

Liverpool memenangi pertarungan ‘heavyweight’ Liga Juara-Juara selepas menundukkan Bayern Munich 3-1 di tempat lawan untuk melangkah ke suku akhir, sebentar tadi.

Reds berjaya mengatasi aksi mencemaskan antara dua juara lima kali untuk melengkapkan kecemerlangan kelab Liga Perdana Inggeris yang kini menguasai empat tempat di suku akhir.

Dua jaringan Sadio Mane dan satu gol menerusi pemain pertahanan, Virgil van Dijk memastikan anak-anak buah Jurgen Klopp kekal pada landasan memburu kejuaraan keenam.

Ini kali pertama England mempunyai empat wakil di suku akhir saingan elit Eropah itu sejak 2008, selepas Tottenham, Manchester United dan Manchester City terlebih dulu mengesahkan tiket mereka.

Memandangkan mereka bukan pasukan pilihan, dan kelab senegara boleh bertembung sesama sendiri, Reds berpotensi berdepan Barcelona, City, United, Ajax, Porto atau Tottenham di suku akhir.

Undian akan dilakukan esok, dan saingan suku akhir berlangsung secara timbal balik pada 9/10 April dan 16/17 Apri

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us:
shares