Jangan Sebar, Kongsi Rakaman Video Tembakan di Masjid Christchurch – SKMM

Jangan Sebar, Kongsi rakaman video tembakan di masjid Christchurch – SKMM

Sharing is caring!

Orang ramai diingatkan tidak berkongsi ataupun menyebarkan rakaman video berhubung insiden tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang berlaku hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaya (SKMM) berkata, tindakan tersebut adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengundang suasana panik dan marah dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai juga diminta menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.

“Pada masa yang sama, pihak SKMM akan turut bekerjasama dengan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk menurunkan rakaman berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, SKMM berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat mengancam dan jelik merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: