Rintihan Sayu Bapa Mangsa Serangan Christchurch [Video]

Rintihan Sayu Bapa Mangsa Serangan Christchurch [Video]

Sharing is caring!

Seorang bapa yang cedera dalam tragedi serangan masjid di Christchurch tempohari telah memuat naik video yang menyentuh perasaan dari katil hospitalnya.

Wasseim Alsati, seorang imigran dari Jordan lima tahun lalu telah memuat naik video memohon rakan-rakanya mendoakan beliau dan anak perempuannya yang turut menjadi mangsa dalam tragedi berdarah tersebut.

Alsati ditembak empat kali manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini kritikal setelah terkena tiga das tembakan oleh pengganas yang telah membunuh 49 orang setakat ini dan dan mencederakan 40 orang.

“Tolong doakan saya dan anak saya dan harap dia akan pulih sepenuhnya” kata Alsati dengan penuh emosi melalui video tersebut.

Menurutnya dia terlalu penat dan video tersebut adalah untuk menunjukkan yang dia dalam keadaan baik dan dijaga rapi pihak hospital.

Beliau juga memohon maaf kerana masih tidak mampu untuk menjawab panggilan dan membalas mesej orang ramai yang bertanya.

Alsati bekerja sebagai tukang gunting di Richmond, Christchurch sejak berhijrah ke negara tersebut.

Sumber : daily mail

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: