Kereta Mufti Kena Bakar

Kereta Mufti Kena Bakar

Sharing is caring!

Sebuah kereta Honda Accord yang merupakan kenderaan rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin musnah disyaki dibakar pihak tertentu di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, awal pagi Jumaat.

Laporan menyebut, tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu terbakar manakala cermin belakang dan depan turut pecah. Bahagian enjin kereta jenis Honda berwarna hitam itu pula terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 5.45 pagi itu.

Bahagian hadapan dan enjin yang terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd menyatakan pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 6 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.

“Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Dalam pada itu, Unit Forensik juga telah dihantar ke kediaman Mohd Asri untuk menjalankan siasatan.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: