Tikus Bijak Kemas Stor [Video]

Tikus Bijak Jadi Mekanik [Video]

Sharing is caring!

Seorang warga emas, Stephen Mckears, 72, dari Gloucester Selatan, England terkejut apabila mendapati seekor tikus kecil bertanggungjawab mengemas bangsal di kebunnya setiap malam.

Ianya telah dirakam melalui CCTV dalam bangsal itu dan beliau terkejut melihat nat dan bolt yang bertaburan telah dikumpulkan ke dalam satu bekas sejak sebulan lalu.

Mckears dan jirannya kebingungan apabila rakaman itu menunjukkan seekor tikus comel sedang mengemas barang yang bertaburan dalam bangsal itu pada pukul 2.30 pagi, malah cuba mengangkat sebuah objek yang dua kali ganda lebih besar daripada badannya.

“Saya hampir gila memikirkannya sebelum ini, anak-anak pula menganggap hantu yang mengalihkan barang-barang tersebut. Barang paling besar tikus itu angkat adalah penyambung plastik pada hujung paip getah dan rantai dari mesin gerudi elektrik,” kata Mckears.

Warga emas itu mendedahkan, tikus itu mengemas selama kira-kira 2 jam pada malam aksi haiwan kecil itu dirakam dan mengulangi perbuatannya setiap malam selama hampir sebulan.

Menurutnya, tikus itu masih melakukannya sehingga ke hari ini, hanya berhenti untuk tidur selepas penat mengemas setiap malam.

Sumber : Kosmo

Video

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: