Adinda Raja Muda selamat dikebumikan

Adinda Raja Muda selamat dikebumikan

Sharing is caring!

KUALA KANGSAR: Allahyarham Raja Halimahton Shahrin Sultan Idris Shah selamat dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Arwah yang juga kekanda Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah, sebelum itu dibawa ke Masjid Ubudiah di sini dan disembahyangkan selepas solat Zuhur.

Kekanda Allahyarham, iaitu Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah berangkat mengiringi jenazah bersama Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah, yang juga kekanda arwah.

Media malam tadi melaporkan, seorang kerabat diraja Perak dilaporkan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu, Pulau Perhentian, Terengganu, jam 4.15 petang.

Difahamkan, mangsa yang berusia 62 tahun dipercayai lemas apabila tangki udara dipakainya mengalami masalah ketika berada pada kedalaman 19 meter.

 

Sumber : Berita Harian Online

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: