Bapa Durjana : Jual Anak Langsai Hutang Judi

Bapa DurJual Anak Langsai Hutang Judi

Sharing is caring!

Seorang bapa ditahan kerana cuba menjual anak perempuannya berumur 12 bulan di internet pada harga 60,000 yuan (RM36,300) untuk melangsaikan hutang bermain judi baru-baru ini.

Suspek dikenali sebagai Jiang dari bandar Guiyang, wilayah Guizhou menjual anaknya kepada sepasang suami isteri di bandar Zhoushan, wilayah Zhejiang. Jarak antara bandar Guiyang dan Zhoushan ialah lebih 1,850 kilometer.

Jiang, seorang penganggur, memberitahu isterinya, Wang bahawa anak perempuan mereka sudah dihantar untuk tinggal di rumah ibu mentuanya di bandar Zunyi, kira-kira 140 kilometer dari kediaman mereka.

Suspek mengambil anak itu pada 5 November lalu sebelum menjualnya kepada pasangan suami isteri berkenaan dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu menyara mangsa selepas berpisah dengan isteri.

Akhbar Guiyang Evening News melaporkan Wang mula berasa curiga selepas gagal menerima khabar mengenai anak mereka selama tiga bulan dan suaminya sering memberi pelbagai alasan.

Perbuatan itu terbongkar pada awal bulan lalu selepas Wang memeriksa telefon bimbit Jiang dan menemui satu perbualan mengenai penjualan anaknya. Wang kemudiannya membuat laporan polis di daerah Qianling dekat sini.

Polis berjaya menemui semula anak itu pada 15 Mac lalu di Zhoushan dan menyerahkannya kepada keluarga Wang di Guiyang.

Jiang yang kini ditahan polis atas kesalahan penyeludupan manusia sementara siasatan lanjut diteruskan, menurut laporan media tempatan.

Sumber : kosmo

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: