Jumpa Rifle Dalam Pesawat Air New Zealand

Jumpa Rifle Dalam Pesawat Air New Zealand

Sharing is caring!

Sebuah penerbangan Air New Zealand dari Auckland ke Christchurch ditangguhkan hampir sejam selepas pegawai keselamatan menemui selaras rifle dalam bagasi milik seorang penumpang.

Penerbangan NZ547 dijadualkan berlepas pada pukul dua petang (waktu tempatan), namun terpaksa
ditunda selepas juruterbang mengumumkan seorang penumpang cuba membawa masuk senjata api ke
dalam kabin tanpa mengikut prosedur daar masuk yang betul.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dalam satu kenyataan berkata senjata api berkenaan diangkut secara sah.

“Senjata api itu ditemui dalam beg salah seorang penumpang penerbangan ke Christchurch.

“Pemeriksaan pencegahan telah dijalankan dan mendapa senjata api itu dibawa secara sah,” menurut kenyataan itu. Ia menambah bahawa rie berkenaan dak dibawa masuk ke dalam kabin pesawat dan ada ancaman keselamatan kepada penumpang lain.

Sementara itu, jurucakap Air New Zealand berkata pemilik bagasi berkenaan yang telah pun berada di tempat duduknya dak melawan dan memberi kerjasama penuh ketika diminta meninggalkan pesawat tersebut.

Katanya, penumpang terbabit telah diarah meneruskan penerbangan ke Christchurch dengan pesawat lain.

Difahamkan, pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang diperketatkan sejak tragedi serangan
pengganas yang meragut 50 nyawa di Christchurch pada 15 mac lalu.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: