Ancaman ‘Sang Bedal’ : Penduduk Mula Bertindak [Video]

Ancaman ‘Sang Bedal’ : Penduduk Mula Bertindak [Video]

Sharing is caring!

Penduduk di kawasan Kampung Selampit, Lundu, Sarawak yang bimbang dengan ancaman buaya di Sungai Batang Kayan berhampiran kawasan mereka telah menggunakan khidmat pemburu buaya untuk mengurangkan populasi buaya yang semakin meningkat.

Skrol ke bawah untuk lihat video..

Hasilnya empat ekor buaya buaya tembaga sepanjang antara 5 ke 6 meter berjaya ditangkap penduduk, kelmarin. Reptilia ganas itu ditangkap menggunakan kaedah pancing pada waktu petang oleh pemburu berlesen.


Menurut wakil penduduk, Longer Mised, 57, kehadiran buaya di situ menjejaskan aktiviti harian penduduk terutama golongan penangkap ikan dan jumlahnya semain meningkat dari masa ke semasa.

“Boleh saya katakan setiap hari kami di sini melihat buaya-buaya ini timbul di permukaan sungai dan ini menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk” katanya.

Empat buaya yang ditangkap itu dibunuh dan difahamkan ada juga yang melapah dan daging buaya turut dibahagikan sesama penduduk untuk dimakan.

Berdasarkan rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terdapat lebih 1,200 buaya berada di sepanjang sungai Batang Kayan.

Pemburuan berlesen adalah dibenarkan di Sarawak

Untuk rekod, pengeluaran lesen memburu dan penjualan buaya adalah bertujuan mengimbangi populasi reptilia itu, sekali gus mengurangkan ancamannya terhadap manusia. Inisiatif berkenaan turut membantu mewujudkan sumber pendapatan bagi masyarakat setempat, terutama di kawasan sungai yang dikenalpasti mempunyai bilangan buaya yang tinggi.

Video : 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: