Gimik Calon Pilihanraya Tarik Perhatian Pengunjung

Gimik Calon Pilihanraya Tarik Perhatian Pengunjung

Sharing is caring!

Seorang calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau manampilkan aksi gimik  dengan mengepit mulutnya dengan pengepit baju.

R. Malar yang bertanding atas tiket bebas menyatakan beliau berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan dan pembangkang tidak membenarkan calon mereka bercakap dalam dua PRK sebelum ini.

Tindakannya mengepit bibir dengan sepit baju berwarna putih sambil mengedarkan kad kempen itu berjaya menarik perhatian dan mencuit hati segelintir pengunjung yang melihat gelagatnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan memerlukan sumbangan untuk tujuan kempen dan berharap orang ramai dapat memberi sokongan dan membantu pihaknya dalam pilihanraya kali ini.

Sumber : Kosmo

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: