Remaja Kena Cekup ‘Tidur’ di IKEA

Remaja Kena Cekup ‘Tidur’ di IKEA

Sharing is caring!

Sekumpulan remaja ditangkap pihak berkuasa Singapura kerana menceroboh gedung perabot IKEA Tampines di republik itu pada Ahad.

Menurut portal berita Channel NewsAsia, pihak polis Singapura menyatakan telah menerima panggilan berkenaan kes pencerobohan dengan niat di gedung perabot terkemuka itu sekitar jam 12.50 pagi,

Siasatan awal menunjukkan bahawa kumpulan remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu bersembunyi di dalam bangunan dan terus berada di situ melebihi waktu operasi.

Pasukan polis telah ke lokasi tersebut dan berjaya menangkap kelima-lima mereka.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda hingga S$1,000 (RM3,013). Dengan jumlah tersebut sepatutnya remaja tersebut boleh tidur di hotel mewah bertaraf 5 bintang dan bukannya di IKEA.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: