Kanak-Kanak Gosok Gigi Buaya Tular (Video)

Kanak-Kanak Gosok Gigi Buaya (Video)

Sharing is caring!

Rakaman video seorang kanak-kanak perempuan menggosok gigi buaya peliharaan di bilik air rumahnya di Tangerang mencuri tumpuan media asing.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Dalam video berdurasi hampir seminit itu, kanak-kanak dikenali sebagai Maharani seronok bermain dengan reptilia kecil itu dalam besen diisi air.

Kanak-kanak dipercayai tinggal di Kota Tangerang, dekat ibu kota Indonesia yang besar di Jakarta, di pantai barat laut pulau Jawa

Kanak-kanak berani itu menggosok gigi buaya dengan berus yang diletakkan ubat gigi dan reptilia itu seolah tidak kisah ia dibersihkan.

Malah, buaya itu tetap tenang meskipun kepalanya dua kali terlepas dari tangan kanak-kanak berkenaan.

Mereka turut ditemani seekor burung nuri gergasi berwarna hitam yang hinggap atas tong dalam bilik air berkenaan.

Video itu dipercayai dimuat naik di media sosial pada 28 Mac lalu dan menjadi bualan hangat netizen.

Sumber : kosmo, dailymail

 

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: