‘Eky’ Buat Perak Ceria Di Ipoh

‘Eky’ Buat Perak Ceria Di Ipoh

Sharing is caring!

Malam tadi telah berlangsung perlawanan pusingan kedua kempen Piala Fa antara Perak dan Negeri Sembilan.

Berlangsung di Stadium Perak di Ipoh, kondisi cuaca yang cerah dan keadaan padang yang memuaskan, tuan rumah bermula dengan agak baik dengan melancarkan serangan pada minit awal permainan namun di hampakan ketumpulan jentera serangan diketuai oleh Gilmar.

Negeri Sembilan juga mampu menyerap tekanan bermain di gelanggang lawan apabila kerap mudah mematahkan serangan dan percaturan anak buah Mehmet Durakovic. Adakala pasukan pelawat bermain dengan sangat baik khususnya menguasai bahagian tengah.

Tatkala Perak masih tercari-cari rentak, serangan-serangan berbahaya Negeri Sembilan khususnya oleh penyerang Ferris Danial hampir-hampir mencemaskan pintu gol Perak yang dikawal Hafizul Hakim.

Perak akhirnya memecah kebuntuan hasil gerakan cantik Wander Luiz yang disudahkan oleh Nazirul Naim pada minit ke 40. Keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Perak memperkemaskan permainan dan kemasukan Firdaus Saiyadi nyata berbaloi apabila kerap mengucar kacirkan pertahan Negeri Sembilan. Namun Negeri Sembilan pula yang mengejutkan tuan rumah dengan gol oleh pemain import mereka Jose Almir pada minit ke 67.

Tesentak dengan gol tersebut, Perak mula mengambil alih kawalan permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu pelawat.

Akhirnya gol yang dicari menjelma pada minit ke 78 hasil jaringan penyerang Shahrel Fikri yang menyudahkan hantaran pemain gantian J. Partiban.

Perak terus menyerang untuk menambah jaringan namun dihampakan oleh kekentalan barisan pertahanan Negeri Sembilan.

Pada minit-minit akhir permainan, pintu gol Perak nyaris dibolosi namun sepakan pemain import Negeri Sembilan tepat ke dada Nazirul Naim meski pun pintu gol telah ternganga.

Keputusan berkesudahan  Perak menang 2-1 dan layak ke pusingan ketiga Piala FA.

PKNP FC juga mara setelah menundukkan Batu Dua FC pada sebelah petang di Kuala Terengganu.

Tahniah Perak.. Tahniah PKNP FC..

Tahniah yop…ade peningkatan dari segi permainan, tapi striker import tu masih takde perubahan..fungsi tu ada tapi belum cukup untuk level pemain import…setakat nak ganggu game lawan x berbaloi bayo gaji mahey chor…Gandingan Eky dan Partiban nampak menarik dan ada potensi untuk menyerlah, kalau Mehmet dapat kekalkan player second half game ni ade sinar untuk Perak untuk game akan datang..

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: