Hilangnya duit Tabung Haji

Hilangnya duit Tabung Haji

Sharing is caring!

POSTER PEMULIHAN TH.
.
Ada orang mintak komen. Ini komen saya.

1. Bulat Ungu – ‘Hilang’ RM4.1 B

Komen:
Tak ‘hilang’ pun sebenarnya, boleh rujuk tulisan saya di sini:

RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN TH 2017.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218310708587970&id=1499194213

Rujuk Poin no 5.

“Oleh kerana Aset TH iaitu dana daripada pendeposit adalah juga merupakan sebahagian liabiliti bagi TH maka kita hanya perlu ambil kira liabiliti TH sebanyak RM888,309,000 untuk mengira ‘Net Asset’ di dalam Balance sheet TH (aset selepas tolak liabiliti) dan kita akan dapati ia adalah berjumlah RM69,429,058,000 dan jika bandingkan jumlah keseluruhan dana pendeposit (wang pendeposit+hibah) iaitu RM73,522,431,000 memang kita akan dapati bahawa wujudnya defisit sebanyak RM4.093 Billion(RM4.1 Billion)”

Tak sesuai langsung guna perkataan ‘seleweng’ dan ‘rugi’ sebab apa?

Kalau seleweng, yang melaporkan defisit RM4.1 bilion di dalam laporan kewangan 2017 TH ini adalah di bawah pentadbiran lama TH.

Takkan lah punya bijak benar dah seleweng tapi pergi laporkan. 😂

Rugi pun tak sesuai juga sebab kuntungan TH kalau disemak pada hujung tahun 2017 adalah RM3,412,108,000 (RM3.41b) dan bukannya rugi.

Boleh rujuk angka ini di tulisan saya di pautan di atas.
.

2. Bulat Hijau – Rugi 4.1 bilion bayar hibah guna pendeposit.

Komen:
Sekali lagi guna perkataan ‘rugi’ 4.1 Bilion.

Ni lah masalahnya tidak boleh beza di antara Balance Sheet dengan Loss and Profit tapi ada hati nak buat poster.

Sekali lagi baca jawapan saya di (1) dan sila lah rujuk tulisan saya di sini:

RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN TH 2017.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218310708587970&id=1499194213

Now, macamana pula pengurusan lama masih boleh bagi hibah/dividen di dalam keadaan asset<liabiliti.

Di sini kita kena tahu pula mengenai kewujudan ‘Special Engagement Procedure’ – laporan penilaian aset, NRV yang disediakan oleh syarikat audit Ernst &Young (EY) yang telah menilai semula semua nilai realis aset keseluruhan melibatkan anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat usahasama dan hartanah,

Mengikut laporan EY:

Bagi tahun 2015, nilai realis aset (NRV) TH adalah RM64.7 bilion berbanding liabiliti termasuk bayaran hibah berjumlah RM63.3 bilion yakni ada lebihan aset sebanyak RM1.4 bilion.

Nilai aset realis pada tahun 2016 pula adalah sebanyak RM69.1 bilion manakala agregat liabiliti setelah mengambil kira hibah 2016 adalah sebanyak RM68.4 bilion maka ada lebihan aset ke atas liabiliti sebanyakVRM701 juta.

Dan bagi tahun 2017, nilai aset realis adalah sebanyak RM74.7 bilion berbanding aggregat liabiliti termasuk bayaran hibah 2017 sebanyak RM74.4 bilion maka ada lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM373 juta.

Jadi dengan net asset akhir berjumlah RM373 juta+ keuntungan berjumlah RM3.41 Billion, apa masalahnya pemberian hibah pada 2017 tersebut?

Tak ada isu ambil duit pendeposit bayar hibah.

Kalau ada, mesti Jabatan Audit Negara sebut benda ni dalam laporan audit mereka.

Boleh juga rujuk tulisan saya sebelum ini di:
TH, THE OTHER HALF OF THE STORY
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218317485437387&id=1499194213
.

3. Bulat Coklat – 100% Melayu Muslim

Komen:
No komen, saya tak minat komen mengenai ini kerana debatable dan tidak clear siapa di belakang ProKhas dan juga UrusHartaJemaah.

Cumanya saya nak komen 3 kotak kecil ditepi bola coklat.

Kotak pertama – Pulih aset TH dengan pindah dan jual aset yang tidak berdaya saing.

Pertamanya pulih aset mende dengan jual aset?

Jual dikala rugi dengan keadaan market tak bagus, maka paper loss akan jadi realized loss.

Keduanya, kita kena tahu bahawa Alokasi aset strategik TH (SAA) di dalam pelaburan ekuiti adalah mewakili sebanyak 53% daripada keseluruhan alokasi aset TH.

Dan SAA ekuiti ini lah antara yang menyumbang kepada defisit 4.1b tersebut.

Jika diperhatikan jumlah aset ekuiti TH bagi suku pertama 2018 adalah berjumlah RM4.61 bilion. Bagaimanapun, ianya telah jatuh di bawah paras RM4 bilion kepada iaitu RM3.97 bilion pada Q2,18 pasca PRU14 dan merosot lagi kepada RM3.77 bilion pada Q3,18.

Setakat Disember 2018, pelaburan ekuiti TH adalah pada angka RM3.2 bilion, RM1.41 bilion ‘short’ jika dibandingkan dengan nilai asal RM 4.61 Billion pada Q1,18.

Pada 5 Disember telah dilaporkan juga bahawa Tabung Haji’s top 20 (T20) iaitu pegangan paling bernilai TH dalam Bursa Malaysia telah mengakibatkan TH ‘paper’ loss sebanyak RM2.74 billion jika dilihat year-to-date (YTD).

Malah nilai pasaran syarikat T20, yang mempunyai nilai agregat RM10.63 bilion, telah menurun sebanyak 20.5% YTD.

Rujuk tulisan saya sebelum ini juga:
TH DAN EKUITI.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218454690067417&id=1499194213

Sekarang saya nak tanya yang menyebabkan pasaran ekuiti tempatan ni merosot faktor besarnya siapakah?

Dasar flip-flop, ketidaktentuan keputusan kerajaan, fiskal yang tidak progresif dan juga momokan hutang negara oleh pihak kerajaan, adalah suatu yang tidak digemari oleh para pelabur ekuiti.

Tepuk dada tanya selera. 🙂

Oh lagi satu kesemua pegangan ekuiti oleh TH di dalam sesebuah syarikat adalah kurang daripada 30%, dan kebanyakan yang ditransferkan ke dalam SPV adalah dalam lingkungan 10% sahaja iaitu sekadar minoriti shareholder, jadi apa daya SPV untuk pulihkan syarikat syarikat berkenaan?

Boleh rujuk tulisan saya di sini untuk antara senarai ekuiti syarikat yang di transfer ke SPV:

PEMINDAHAN ASET TH
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218454191414951&id=1499194213

Dan tidak di lupakan juga sebenarnya ini ironi.

Kenapa saya kata ironi, kerana SPV kononnya ditubuhkan untuk memulihkan aset TH dan mengkritik pengurusan lama kononnya mengamalkan perakaunan kreatif memberikan hibah melalui penilaian semula NRV, tapi nampaknya pengurusan baru juga 2 x 5 jugaklah apabila mereka sekadar transfer keluar aset bermasalah ini off balance sheet ke dalam SPV untuk menampakkan aset>liabiliti di dalam balance sheet TH tanpa ada apa daya untuk memulihkan syarikat yang ekuitinya merupakan pegangan TH tersebut.

Kotak Kedua – Dana untuk tutup Lubang RM4.1B.

Kalau fikir balik, defisit RM4.1B, tapi transfer sampai RM19.9 Billion??

Kenapa?

Sebabnya defisit tu semakin besar, tengok balik gambar di posting saya sebelum ini, defisit TH telah meninggal dari -RM4.1 Billion lada hujung tahun 2017 kepada -RM10.9 Billion pada hujung tahun 2018 sebelum ditransferkan ke SPV pada 2019.

Rujuk sini:
DIVIDEN TH ADALAH 1.2%?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219196552373511&id=1499194213

Jadinya tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa ini juga membuktikan bahawa sememangnya SPV ini hanyalah sebuah ‘helah’ mencantikkan balance sheet Tah dan sekaligus untuk menutup prestasi yang semakin buruk SAA TH di bawah pengurusan baru.

Kotak akhir – Bayar Hibah

Sampai sekarang tak umum-umum lagi secara rasmi. 🙂
.

4. Bulat Biru – Apa SPV buat, dan keuntungan jual saham dan jual hartanah.

Komen:
Yang ni memang paling kantoi ‘creative accounting’ kalau betul pengurusan TH buat SPV dan announced untung macam poster ni. 😅

Sebab apanya, sebabnya keuntungan tersebut hanyalah on paper, dan book value tersebut hanyalah book value yang diterjemahkan di dalam RCPS dan sukuk zero coupon bond yang tidak di jamin pun oleh kerajaan.

Ianya adalah transaksi yang tidak melibatkan tunai dan hanyalah aset to aset swapping transaction.

Boleh rujuk tulisan saya juga di sini,
SPV VERSI TH.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218318538943724&id=1499194213

Dan juga di sini,

BERBEZA PENDAPAT.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218330769609483&id=1499194213

Malah kita harus tahu bahawa Zero coupon bond ni, although accounting profit dia diakrukan dlm buku pelaburan TH secara harian, tetapi pulangan dalam bentuk tunai (cash return) cuma akan nampak bila bon tersebut telah matang.

Jadi nak kata TH dah tiba-tiba automatik untung lepas transfer ke SPV adalah sedikit berbau b.s pada hemat saya.

Merely transferring the liability outside from TH Balance Sheet.
.

5. Bulat Merah – Kejayaan memulihkan TH dan tebus penyelewengan sebanyak RM17.5 B pengurusan lama.

Komen:
Pertamanya tak nampak apa yang dipulihkan selain sekadar transfer liabiliti off balance sheet, pump up book value dan gantikan dengan paper assets yang tidak melibatkan sekupang duit pun.

Worse, ianya tidak dijamin kerajaan dan juga segala perk dari asset berkenaan seperti dividend dan cash appreciation tidak dapat kepada TH sebaliknya masuk SPV.

Dengan alasan buat macamni sebab nak balancekan Balance Sheet (Assets>Liabilities) supaya boleh bagi dividen.. tapi sampai sekarang dividen tak declare² 😪.

Penyelewangan RM17.5 B ni mende pulak? kalau ada penyelewengan kasi tangkap cepat sikit.
.

Tuntasnya, kalau kita faham betul-betul cerita TH dan SPV ni, kita akan dapati yang sebenar-benarnya, dahla aset-aset TH kena strip, dividend² dari assets yang diambil pun tak dapat dan dalam masa yang sama TH hanya dapat paper assets yang tak semenggah mana ie RCPS yang tak ada apa pulangan serta zero coupon bon yang tidak dijamin kerajaan dan yang hanya dapat pulangan pada maturity bon tersebut hanya semata-mata nak balance kan asset>liabiliti dalam balance sheet TH sebab nak bagi hibah kepada pendeposit TH.

Paling merepek, sampai ke 35/3/2019 tak umum-umum berapa jumlah hibahnya dan dalam masa yang sama ada ura-ura yang pendeposit mungkin tak akan dapat hibah yang sama taraf or lebih baik daripada zaman BN pun nanti.

 

KREDIT : Khairul Azri

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: