Menyayat Hati : Tiada Wang Untuk Kebumikan Anak

Kisah Sedih : Tiada Wang Untuk Kebumikan Anak

Sharing is caring!

Seorang aktivis gerakan Amal Team berkongsi sebuah kisah sedih mengenai kesusahan seorang bapa yang yidak mampu mengebumikan anaknya ekoran kesempitan wang.

Luahan Mohd Zulhairi Zainol, 34, atau lebih dikenali sebagai Hery menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya itu nyata meruntun perasaan netizen.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada wakil sebuah hospital menyatakan ada sepasang suami isteri yang tidak dapat menyempurnakan pengebumian bayi lelakinya yang meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital, hanya kerana tiada wang untuk membayar kos pengebumian kira-kira RM300 yang dituntut oleh pihak pengurusan jenazah sebuah surau.

Beliau bertemu dengan bapa bayi tersebut yang memberitahu dia hanya mempunyai RM150 pada masa itu namun tidak mencukupi untuk mengebumikan jenazah bayi lelakinya di tempat asalnya kerana pihak pengurusan meminta bayaran RM300 untuk urusan tersebut.

“Saya tersentuh melihat keadaan pasangan berkenaan yang tidak mampu mengebumikan jenazah anak mereka dan sudah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk membantu,” ujarnya.

Beliau kemudian mengambil jenazah bayi itu sebelum memandikan, mengkafankan dan mengebumikannya di sebuah tanah perkuburan dengan mengeluarkan hanya RM20 sahaja..

Tahniah Amal Team, Mereka yang ingin membantu operasi gerakan Amal Team boleh melayari akaun FB, Mohd Zulhairi Zainol.

Sumber : kosmo

Sangat mendukacitakan tatkala ada pihak yang berbangga dengan kutipan puluhan ribu setiap bulan hasil sumbangan masyarakat, masih ada insan-insan yang memerlukan pertolongan dan tidak mampu menyempurnakan kefardhuan yang wajib atas sebab kesempitan hidup. Dimanakah keprihatinan kita sebagi umat islam. Seharusnya ahli qariah khususnya jawatankuasa masjid perlu lebih proaktif dan mengambil maklum setiap masalah yang berlaku atas ahli qariah lain. Kita tidak hanya bergantung harap kepada pihak kerajaan semata-mata kerana amanah dan tanggungjawab itu perlu ada dalam diri setiap anggota masyarakat.  Sesungguhkan setiap harta itu bukan milik kita dan akan ditanya kemana ia digunakan di akhirat kelak. Moga Allah mengampuni kita.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: