Solat Hajat Seluruh Perak Untuk Ashraf Hari Ini

Solat Hajat Seluruh Perak Untuk Ashraf Hari Ini

Sharing is caring!

Semua masjid dan surau  di negeri Perak akan mengadakan solat hajat hari ini bagi memohon petunjuk Allah dalam usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang semasa perlumbaan itu sejak 23 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, solat hajat sejurus selepas solat Jumaat itu diputuskan selepas pertemuan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri hari ini.

“Dalam pertemuan itu, pihak bomba meminta agar masjid di daerah Kampar dapat mengadakan solat hajat untuk memudahkan operasi pencarian mereka namun saya fikir, lebih baik jika semua masjid dapat melakukan usaha yang sama.

“Oleh itu, semua masjid di seluruh negeri diminta mengadakan solat hajat ini dan diharap usaha tersebut dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian berkenaan,”

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: