Tabung Haji Umum Hibah 1.25 Peratus (Video)

Tabung Haji Umum Hibah 1.25 Peratus

Sharing is caring!

Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus, kepada semua pendeposit.

Kadar jumlah tersebut bagaimanapun lebih rendah berbanding tahun 2017, iaitu 6.25 peratus. Agihan hibah yang membabitkan jumlah sebanyak RM913 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri, Fuziah Salleh dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Md Nor Yusof serta Ketua Pegawai Eksekuf Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat.

Sidang Media : Video diambil dari Youtube Berita Harian

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: