Mercedes Benz C300 ; Tak Sedar Kereta Demo Hilang

Mercedes Benz C300 ;Tak Sedar Kereta Demo Dicuri

Sharing is caring!

Pusat jualan kereta mewah di Jalan Masai Lama, Plentong, Johor Bahru kerugian RM300,000 apabila Mercedes Benz C300 yang digunakan sebagai kereta pameran (demo car) hilang dari premis itu.

Kakitangan pusat jualan itu hanya menyedari kenderaan terbabit hilang kelmarin ketika ada bakal pembeli mahu memandu uji model kereta itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Ismail Dollah berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menerima laporan kehilangan kereta mewah itu 2.30 petang kelmarin.

Pengurus Jualan sebuah pusat jualan kereta mewah di Plentong berusia 50-an melaporkan kehilangan kereta Mercedes Benz C300 dari premis berkenaan.

Tak sedar kereta hilang

Dalam laporannya, lelaki itu mendakwa pada 10.30 pagi Selasa lalu, dia menyedari ‘demo car’ Mercedes Benz C300 tiada di premis itu.

Ketika itu ada pelanggan mahu memandu uji kereta itu sebelum disedari hilang.

Menurutnya, pengadu mencari di sekitar premis namun tidak menemuinya dan mengesyaki dicuri penjenayah.

Katanya, bertindak atas laporan itu pihaknya menjalankan siasatan dan didapati kawasan itu berpagar serta ada pengawal keselamatan.

Sumber : hmetro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: