Parah Jatuh Gunung Korbu

ParahJatuh Gunung Korbu

Sharing is caring!

Seorang pendaki parah setelah terjatuh pada ketinggian enam meter semasa melakukan aktiviti pendakian di Gunung Korbu di sini hari ini.

Difahamkan pendaki yang belum dikenal pasti identitinya itu memulakan pendakian di kawasan tersebut bersama 12 pendaki lain dan 11 pemandu arah sejak kelmarin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dimaklumkan mengenai kejadian menimpa mangsa pada pukul 10.29 pagi ini.

Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dihantar ke tempat kejadian dengan dibantu enam anggota lagi dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Gunung Korbu di Perak merupakan antara gunung kegemaran para pendaki di semenanjung Malaysia

Berdasarkan maklumat, lokasi mangsa berada mengambil masa dua hari untuk tiba di sana. Ketika ini mangsa dilaporkan pengsan dengan kecederaan parah di kepala.

Lokasi pendakian itu merupakan kawasan hutan tebal dan mangsa juga dikatakan berada di puncak gunung.

Gunung Korbu yang setinggi 2,183 meter (7,162 kaki) merupakan puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: