Warga Asing Biadap Cabul Wanita

Warga Asing Biadap Cabul Wanita

Sharing is caring!

Dua warga asing dipercayai warga Nepal dibelasah orang ramai setelah bertindak biadap mencabul seorang pemandu Grab wanita di Jalan Song Bang Kheng, Bukit Mertajam.

Sewaktu kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan sedang menghantar dua lelaki warga Nepal itu ke Taman Juru selepas mengambil mereka di Jalan Stesen Bukit Mertajam di sini

Pihak polis melaporkan, suspek berusia 23 tahun yang berada di tempat duduk penumpang belakang dikatakan telah bertindak memegang dan mencium tangan mangsa sebelum menarik badannya ketika dalam perjalanan.

Suspek turut didakwa meramas buah dada mangsa dan kejadian itu berlaku dua kali sebelum wanita itu mengugut mahu menghantar ke balai polis.

Tidak lama selepas itu, seorang lagi suspek berusia 29 tahun muntah di dalam kereta dan dalam masa yang sama suspek pertama itu sekali lagi menarik badan mangsa sebelum pemandu tersebut memberhentikan kereta bagi mendapatkan bantuan orang ramai,

Kedua-dua suspek diserahkan kepada pihak polis oleh orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber : Kosmo

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: