Anjing pun ada yang KHUNSA?

Anjing pun ada yang KHUNSA?

Sharing is caring!

Dalam kes yang sangat jarang berlaku, seekor anjing di Staffordshire, England mendapat perhatian ramai apabila didapati memiliki zakar, rahim, dua ovari dan dua testis.

Pemiliknya, Nikki Daniels, 22, baru-baru ini terkejut apabila dimaklumkan haiwan peliharaannya memiliki organ jantan dan betina.

Dolly bersama pemiliknya

Dolly, anjing baka bull terrier berusia empat bulan dianggap sebagai seekor anjing khunsa, namun Nikki menyatakan doktor veterinar tidak membenarkan untuk Dolly membiak.

“Ia anjing yang comel dan ia berhadapan dengan keadaan ini pada usianya yang muda. Dolly sebenarnya sangat menawan hati sama seperti anak anjing lain,” katanya.

Nikki berharap anak anjing unik tersebut dapat meneruskan hidupnya secara normal seperti anak anjing lain.

Sumber : Kosmo

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: