Lapangan Terbang Tertua di Malaysia Dikhuatiri Bakal Lenyap

Lapangan Terbang Tertua di Malaysia Dikhuatiri Bakal Lenyap

Sharing is caring!

Meskipun Taiping terkenal sebagai bandar yang mempunyai sejarah terulung di Malaysia, namun amat menyedihkan jika benar salah satu tapak warisan di daerah tersebut kemungkinan besar akan hilang akibat pembangunan.

Lapangan Terbang Taiping, Tekah seluas 40 ekar itu yang merupakan lapangan terbang pertama dibina di Semenanjung Malaysia itu kini dikhuatiri akan lenyap berikutan terdapat dakwaan penduduk Taiping, ia akan dipindah hak milik tanah kepada seorang pemaju tempatan bagi tujuan pembangunan skim perumahan kos rendah.

Bagaimanapun sumber menyatakan terdapat usaha sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghentikan perancangan itu memandangkan kawasan Lapangan Terbang Taiping, Tekah merupakan salah satu khazanah warisan Taiping paling bernilai.

Selain penekanan kawasan lapangan terbang itu sebagai lokasi warisan Taiping, beberapa faktor turut diambil kira terutama kepentingan penggunaan kemudahan itu untuk latihan anggota polis dan tentera

Penduduk setempat juga menuntut status tanah kerajaan itu dikekalkan dan hanya dibangunkan untuk projek yang benar-benar memberi kepentingan besar kepada rakyat.

Lapangan Terbang Taiping, Tekah  dibina pada tahun 1929 dan pernah menjadi saksi sejarah apabila pemimpin berpengaruh Indonesia, Sukarno dan Mohammad Hata pernah mendarat di sana pada 12 Ogos 1945 untuk bertemu dengan tokoh nasionalis negara, Dr Burhanuddin Helmi dan Ibrahim Yaacob untuk berbincang kemungkinan penyatuan Malaya dan Indonesia (Melayu Raya) sekiranya mencapai kemerdekaan.

Amelia Earhart, wanita pertama membuat penerbangan solo di Lautan Atlantik pernah mendarat mengisi minyak di Lapangan terbang Taiping

Selain itu, Lapangan Terbang Taiping, Tekah pernah menjadi tumpuan dunia apabila seorang juruterbang wanita Amerika terkemuka, Amelia Earhart berhenti mendarat di sana pada 7 Jun 1937 untuk mengisi bahan api sewaktu dinobatkan sebagai wanita pertama membuat penerbangan solo di Lautan Atlantik.

Sumber : Sinar

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: