Durian Punya Pasal, Kena Tahan Polis

Durian Punya Pasal, Kena Tahan Polis

Sharing is caring!

Akibat terlalu berselera menikmati durian dalam kuantiti yang banyak, seorang lelaki didakwa gagal menjalani ujian pernafasan alkohol.

Laporan laman video Pear Video menyatakan, lelaki di daerah Rudong, wilayah Jiangsu itu telah ditahan pihak berkuasa kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol pada 17 April lalu.

Lelaki tersebut mulanya marah kerana gagal dalam ujian itu dan mendakwa beliau baru sahaja makan durian. Bagaimanapun ujian darah yang dilakukan ke atasnya membuktikan dia bebas alkohol.

Melalui siasatan pada 29 April lalu, Pear Video menunjukkan seorang anggota polis menjalani ujian pernafasan tersebut selepas memakan buah durian dan tahap paras alkohol lelaki itu adalah 36 miligram (mg) untuk setiap 100 mililiter (ml).

Di China paras alkohol dalam darah yang dibenarkan adalah 0.02 peratus atau kira-kira 20 mg untuk setiap 100 ml.

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: