Selamba Kebas Duit : Aksi ‘Kantoi’ Monyet Upahan Tarik Perhatian

Selamba Kebas Duit : Aksi ‘Kantoi’ Monyet Upahan Tarik Perhatian

Sharing is caring!

Aksi seekor monyet ‘nakal’ menjadi perhatian di internet setelah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah plaza tol di India tersebar.

Skrol ke bawah untuk lihat video…

Insiden tersebut berlaku di bandar Kanpur, negeri Uttar Pradesh menyaksikan monyet tersebut dirakam melompat di atas bumbung sebuah kereta sebelum memasuki ruangan tol yang dijaga seorang pekerja dan mencuri sejumlah wang.

Pekerja tol terbabit yang terkejut dengan apa yang berlaku, hanya mampu melihat monyet itu melarikan wang tersebut.

Menurut polis, monyet tersebut dipercayai monyet peliharaan yang dilatih oleh pemiliknya untuk mencuri.

Pernahkah anda terfikir seseorang jadikan makhluk tak berakal untuk jadi ‘budak suruhan”untuk buat apa saja ikut kehendaknya?macam2 dunia ni…macam ni pun ada…ada jugak orang train monyet utk jadi tukang curi…kesian monyet tu…

Sumber : Sinar

Video

 

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: