Nyaris Maut Ketika Turun Keretapi

Nyaris Maut Ketika Turun Keretapi

Sharing is caring!

Dalam satu kejadian penuh dramatik, seorang lelaki menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan seorang daripada nyaris maut selepas terjatuh ketika cuba turun dari kereta api yang sedang bergerak mengakibatkan mangsa hampir tersepit di celah-celah platform di Stesen Cuttack, India.

Skrol ke bawah untuk lihat video…

Menurut laporan Times of India, kejadian  terbongkar kepada umum selepas syarikat Kereta Api Pantai Timur (ECoR) berkongsi rakaman kejadian dengan pihak media, pada Jumaat.

Video berdurasi 38 saat itu menunjukkan penumpang wanita yang memakai baju berwarna merah itu kelihatan turun dari kereta api Puducherry-Howrah Express (12868).

Berdasarkan rakaman, ketika terjatuh mangsa sempat berpaut pada pemegang di pintu kereta api tersebut sebelum dia diseret beberapa meter.

Melihat keadaan cemas tersebut, seorang lelaki yang juga jurutera kanan bahagian Signal dan Telekom, TR Barik membantu mangsa dengan menariknya dari dalam kenderaan tersebut namun gagal.

Kebetulan lelaki itu berada di lokasi kejadian lalu bergegas berlari ke arah mangsa sebelum bertindak menariknya daripada memasuki ruang antara platform.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 4 petang waktu tempatan pada Khamis lalu, kereta api tersebut tidak berhenti di Stesen Cuttack kerana bukan salah satu stesen persinggahan.

Susulan kejadian tersebut, Pengurus Besar ECoR, Vidya Bhusnan telah memberikan ganjaran kepada TR Barik atas keberaniannya.

Sumber : Awani

Video

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: