Straw plastik vs Straw serai:Praktikal ke?

Straw plastik vs Straw serai:Praktikal ke?

Sharing is caring!

Saban hari media antarabangsa menyiarkan kempen minuman tanpa straw. Namun di Malaysia kempen straw ini belum mendapat perhatian sepenuhnya memandangkan banyak lagi isu yg lebih penting. Namun tak kurang juga, yg highlight kempen minuman tanpa straw.

Photo: ihsan dari Harian Metro

Petikan dari Harian Metro, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa mencadangkan agar serai digunakan sebagai straw di kafe kepnyaan KADA dan pihak KADA yang bersedia membekalkan serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.

Namun begitu idea ini mendapat respon yg berbeza dari rakyat Malaysia. Ada yg mencemuh dengan alasan ketahanan straw dari serai yang tak tahan lama kerana ia ada tarikh luput dan menyusahkan disamping itu kemungkinan rasa air yg disedut berubah disebabkan oleh serai. Namun ada yang bersetuju dgn idea tersebut dan ini memberi satu industri tambahan kepada tanaman serai, di samping memberi kesan ekonomi disamping dapat menjimatkan kos.

Penggunaan straw serai ini telah dilaksanakan di negara jiran tetanggan seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Straw serai yg digunakan di Vietnam

Straw serai yg digunakan di Thailand

Disamping itu bukan sahaja straw dari serai tetapi banyak negara lain menggunakan pelbagai cara seperti menggunakan bahan plastik yg biodegredable, menggunakan rumput yang mempunyai batang seperti straw dan lain-lain alternatif.

Penulis berpendapat ianya bagus demi menjaga alam sekitar dan menjana ekonomi peladang. Namun setiap orang dengan pendapat masing masing.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: