Novel Koronavirus Kini Dikenali Sebagai COVID-19

Novel Koronavirus Kini Dikenali Sebagai COVID-19

Sharing is caring!

Wabak penyakit Novel Koronavirus yang telah merekodkan lebih 43,000 kes jangkitan dengan 1,019 kematian di seluruh dunia kini telah mempunyai nama baharu iaiatu COVID-19.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan tersebut pada selasa dan Ketua Pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan, nama COVID-19 diberi berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO).

Menurutnya, nama baharu itu tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu, haiwan, individu mahupun mana-mana kumpulan budaya di dunia.

“Kami perlu mencari nama yang sesuai yang senang untuk disebut dan ada kaitan dengan wabak ini. Ia penting bagi mengelakkan penggunaan nama lain dan timbulnya stigma serta ia juga memberi format standard untuk digunakan pada masa akan datang,” jelasnya pada sidang media harian berkenaan penularan koronavirus di Geneva pada Selasa.

Tedros turut memaklumkan pihaknya telah mengaktifkan Pasukan Pengurusan Krisis oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang akan diketuai oleh Dr Mike Ryan yang akan membantu WHO untuk memberi tumpuan terhadap perkembangan kesihatan.

Pada masa sama, Tedros turut mengingatkan agar seluruh dunia masih melakukan langkah-langkah pencegahan wabak ini.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: