Maut Dibaham Singa Di Zoo

Maut Dibaham Singa Di Zoo

Sharing is caring!

Tindakan seorang lelaki memanjat masuk ke dalam sebuah zoo memakan diri apabila dia dibaham dua ekor singa dalam kejadian di Zirakpur, India semalam.

Laporan awal pihak Taman Zoo Mahendra Chaudhary yang dikenali sebagai Zoo Chhatbir itu mendapati mangsa yang tidak dikenali identitinya memanjat dinding setinggi 9 meter sebelum masuk ke kawasan larangan berkenaan.

Dua ekor singa itu dilepaskan oleh zoo di kawasan safari sepanjang 2 kilometer itu semalam.

Menurut pegawai renjer, Harpal Singh, lelaki terbabit dilihat berada di taman itu pada tengah hari.

Katanya, pasukannya berjaya menghampiri lelaki terbabit dalam tempoh enam minit namun sudah terlambat apabila dibaham haiwan ganas berkenaan.

Lelaki dipercayai berusia 20an didapati mengalami kecederaan serius pada mata, muka, leher dan dada.

Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang pengenalan diri atau telefon bimbit pada mangsa dan zoo kemudiannya ditutup sejurus kejadian itu.

Sumber : HMetro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: