Guru Pulak Nak Bunuh Diri

Guru Pulak Nak Bunuh Diri

Sharing is caring!

Guru Sains berusia 40 tahun itu cuba membunuh diri dengan terjun daripada tempat tinggi sehingga mengalami patah pinggang.

Warden asrama sekolah menengah agama di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka yang direman Ahad lalu kerana didakwa melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap pelajar di bawah jagaannya, dipercayai cuba membunuh diri ketika berada dalam lokap polis.

“Bagi kes berkaitan, kami sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri dan akan merujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, Melaka, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, suspek direman kerana melakukan amang seksual dan seks luar tabii terhadap pelajar Tingkatan Satu sekolah terbabit.

Susulan itu, pelajar berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pulau Sebang.

Raja Shahrom berkata, siasatan ke atas suspek mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan sudah lengkap.

“Bagaimanapun, kami perlu menunggu sehingga suspek sembuh daripada kecederaan pinggangnya,” katanya.

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: