Pemancing Hilang : Ditemui Terapung Dalam Kolam Disyaki Dibunuh

Pemancing Hilang : Ditemui Terapung Dalam Kolam Disyaki Dibunuh

Sharing is caring!

GEMPAR penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung dalam sebuah kolam ikan di Persiaran Kanthan 1, Kanthan Baru, Ipoh, 12.20 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pemeriksaan awal terhadap mayat mendapati ada kesan jerutan pada leher, selain cedera di beberapa bahagian kepala termasuk lebam di mata kiri dan pipi serta telinga kiri.

Siasatan awal mendapati mangsa ke lokasi kejadian untuk memancing.

Mohd Ali berkata, berdasarkan keterangan bapanya, mangsa keluar rumah pada jam 1.30 tengah hari semalam untuk memancing namun tidak pulang.

Pencarian dilakukan hasil laporan bapa mangsa dengan  bantuan anggota Balai Polis Kanthan Baru yang kemudian menemui motosikal milik mangsa berada di lokasi kejadian pagi tadi (hari ini).

“Mayat mangsa kemudian ditemui dekat semak dalam kolam berkenaan dengan kakinya kelihatan terapung,” katanya.

“Kita dapati joran digunakan mangsa sudah dipatahkan dan kawasan berkenaan terbuka serta tidak berpagar dan mayat mangsa ditemui pada jarak empat meter dari kawasan tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang mungkin dijalankan pagi esok. Kes disiasat  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Metro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: