Bantuan Sara Hidup (BSH) : Dibayar Isnin Ini

Bantuan Sara Hidup (BSH) : Dibayar Isnin Ini

Sharing is caring!

Berita gembira untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 di mana fasa pertama akan dibayar Isnin ini mengikut pangkalan data sedia ada dan kaedah lama.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan, pangkalan data sedia ada akan dikemaskini.

“Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Bajet 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Jelasnya, pembayaran itu akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion dan bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Tambahnya, proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah.

“Kriteria pembayaran dan kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat,” katanya.

Sumber: Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: