Piala Asia : Samurai Biru Sekat Langkah Vietnam

Piala Asia : Samurai Biru Sekat Langkah Vietnam

Sharing is caring!

Juara AFF 2018, Vietnam, gagal merebut tempat ke separuh akhir Piala Asia selepas tewas di tangan Jepun 0-1 di Stadium Rashid Al-Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebentar tadi.

Jaringan tunggal menerusi Ritsu Doan pada minit ke-57 menjadi pemisah apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti.

Sepakan penalti tersebut hasil daripada video bantuan pengadil (VAR) yang baharu diperkenal dalam kejohanan ini.

Skuad Samurai Biru bakal berdepan sama ada China atau Iran di separuh akhir pada separuh akhir yang dijangka Isnin.

Sumber: Utusan

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: