Terlebih Kaya, Beli Rumah RM1 Billion

Terlebih Kaya, Beli Rumah RM1 Bilion

Sharing is caring!

Rumah paling mahal di Amerika Syarikat (AS) telah berjaya dijual kepada hartawan dari Illinois, Ken Griffin dengan harga hampir RM1  billion.

Laporan portal Daily Mail menyebut Griffin membeli unit penthouse di 220 Central Park South iaitu sebuah projek kediaman pencakar langit pada harga AS$238 juta  (RM985 juta).

Projek yang masih dalam pembinaan itu dibangunkan oleh Vornado Realty Trust bakal mempunyai 116 unit kediaman.

Dengan ketinggian lebih 289 meter, bangunan ini mempunyai 70 tingkat dan bakal menjadi salah satu bangunan tertinggi di New York.

Menurut laporan The Wall Street Journal, penthouse milik Griffin akan mempunyai keluasan sebesar 24,000 kaki persegi apabila siap sepenuhnya kelak.

Kesemua unit di lot hartanah itu dijual antara AS$12 juta  (RM49 juta) hingga AS$30 juta (RM124 juta) dan menurut sumber Curbed New York, hanya sebahagian kecil unit yang berjaya dijual.

Harga AS$238 juta adalah perjanjian penjualan tertinggi dalam sejarah hartanah di New York

Harga AS$238 juta adalah perjanjian penjualan tertinggi dalam sejarah hartanah di New York, namun harga berkenaan jauh lebih kecil berbanding harga termahal yang pernah dijual di dunia.

Sebuah rumah agam yang terletak di kawasan kejiranan The Peak, Hong Kong dijual pada harga AS$361 juta (RM1.49 bilion). Rumah agam itu dibeli oleh jutawan Yeung Kin-Man dan isterinya Lam Wai Ying.

Pasangan itu merupakan pemilik syarikat yang menjual skrin iPhone kepada Apple.

enthouse milik Griffin akan mempunyai keluasan sebesar 24 ribu persegi apabila siap sepenuhnya kelak

Pembelian penthouse di New York ini merupakan hartanah kedua berprofil tinggi yang dibeli oleh Griffin.

Minggu lalu, beliau memiliki rumah di Carlton Gardens, St James, London yang terletak berhampiran Istana Buckingham, United Kingdom dengan harga AS$124 juta (RM513 juta).

Griffin, 50, merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Citadel iaitu syarikat dana lindungan nilai berpangkalan di Chicago memilik aset bernilai AS$9.9 bilion(RM40 bilion).

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: