Nasi Ganja Dulu ‘Bossku’

Nasi Ganja Dulu ‘Bossku’

Sharing is caring!

Restoran nasi ganja di Ipoh menjadi tumpuan hari ini dengan kehadiran bekas Perdana Menteri,   Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang kini popular dengan ungkapan ‘bossku’ meluangkan masa sejam di restoran yang popular di Ipoh itu.

Rata rata orang ramai dan pengunjung restoran teruja dengan kehadiran bekas Perdana Menteri itu yang santai sambil menikmati hidangan popular seperti ayam merah, sotong kari dan telur masin.

Menurut beliau, nasi ganja adalah hidangan wajib jika datang ke Ipoh namun baru kini dapat menikmatinya di kedai tersebut.

Orang ramai turun melaungkan ungkapan ‘bossku’ sambil disambut ketawa dan ucapan terima kasih oleh Najib.

Sumber : Sinarharian

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: