Derita Ketumbuhan Di Muka : Doktor Buang Guna Tukul dan Pahat

Derita Ketumbuhan Di Muka : Doktor Buang Guna Tukul dan Pahat

Sharing is caring!

Sepasukan doktor di Mexico melakar sejarah baharu apabila menggunakan ‘tukul dan pahat’ bagi membuang ketumbuhan seberat 3.3 kilogram sebesar bola keranjang pada muka seorang pelajar bidang kejuruteraan baru-baru ini.

Pelajar tersebut, Adrián Espino, 23, mendapati ketumbuhan itu membesar selepas dia mengalami bengkak kecil pada pipi kanannya ketika berusia enam tahun kerana dia menghidap kanser tulang yang jarang ditemui dikenali sebagai fibrous dysplasia.

Tulang dalam ketumbuhan di mukanya terlalu keras sehinggakan doktor terpaksa menggunakan tukul dan pahat perubatan untuk memotong dan membuangnya sedikit demi sedikit.

Espino sebelum ini telah beberapa kali menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu namun gagal. Masalah dihadapinya semakin buruk apabila dia sukar bernafas, pandangan kabur dan sukar untuk makan.

 

                                         Wajah Espino sebelum dan selepas pembedahan

Kehidupan pemuda itu kini semakin baik selepas pembedahan terakhirnya dan hanya menunggu masa untuk menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan bahagian muka kanannya yang dahulu dimamah sel kanser.

Sumber : Kosmo

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: