Wanita Mengandung Dicampak Dari Tingkat Tiga Pusat Beli Belah

Wanita Mengandung Dicampak Dari Tingkat Tiga Pusat Beli Belah

Sharing is caring!

Seorang wanita mengandung terpaksa di rawat di hospital selepas dicampak dari tingkat tiga sebuah pusat beli belah di selatan China oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dalam insiden Sabtu lalu di bandar Foshan, seorang wanita mengandung yang keluar dari tandas ditangkap seorang penyerang yang dikenali sebagai Li, berumur 36 tahun.

“Dalam siasatan awal, suspek berkenaan mendakwa masalah kewangan yang teruk menyebabkannya mahu membunuh diri.

“Sekitar jam 11 pagi, suspek pergi ke pusat beli belah terbabit dan mundar mandir di tingkat tiga. Sejam kemudian, suspek ternampak seorang wanita keluar dari tandas lalu menangkapnya dan mencampak mangsa ke bawah sebelum dia sendiri turut melompat,” kata kenyataan pihak berkuasa.

 

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: