Bayi Maut Disyaki Didera Pengasuh

Bayi Maut Disyaki Didera Pengasuh

Sharing is caring!

Sorang bayi lelaki berusia 9 bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala dipercayai didera pengasuh.

Muhammad Firas Danial Muhammad Nizar disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.49 petang selepas dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh pada Isnin.

Bayi berusia 9 bulan disyaki didera pengasuh di Ipoh

Ibu kepada bayi tersebut, Nur Aziemah Zahari, 26, ketika ditemui pemberita berkata dia menerima panggilan telefon dari kakaknya kira-kira 10.30 pagi, Jumaat lepas.

Sebaik tiba di rumah pengasuh, beliau mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

Sumber : Awani

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: