Itik Paling Sunyi Di Dunia Kini Sudah Tiada

Itik Paling Sunyi Kini Sudah Tiada

Sharing is caring!

Itik paling sunyi di dunia, Trevor, yang tinggal di Niue, kepulauan Pasifik mati akibat diserang anjing tidak lama selepas sensasi di Internet dan kematiannya diratapi ramai sehingga ke New Zealand.

Itik itu dikenali ramai selepas wartawan memasukkan catatan mengenainya sebagai ‘itik paling sunyi di dunia’ kerana satu-satunya itik berada di pulau berkenaan.

Malah, tempat tinggal itik itu satu lopak air juga menjadi mercu tanda penunjuk jalan dalam kalangan penduduk.

Penolong Pengarang Politik New Zealand Herald, Claire Trevett, yang melawat pulau itu bulan lalu berkata: “Mereka berkata, ‘Pusing kanan dan anda akan jumpa itik, satu-satunya itik di Niue.”

Menurut Facebook yang didedikasi untuk itik berkenaan, Trevor ditemui mati dalam belukar akibat diserang anjing hujung minggu lalu.

Niue, 2,400 kilometer di timur New Zealand, mempunyai 1,600 penduduk dan hanya dikunjungi 9,000 orang setiap tahun.

Ia adalah pulau batu karang, tiada kolam atau kawasan berair seperti paya dan apabila Trevor muncul tahun lalu, ia dipercayai diterbangkan ribut dari kawasan lain.

tik itu tinggal di satu lopak air di tepi jalan sebelum bomba menambah air menjadikan lopak berkenaan seperti kolam kecil. Ia dinamakan Trevor sempena nama Speaker Parlimen New Zealand, Trevor Mallard.

Sumber : Hmetro

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: