Langgar Ferrari Dapat Duit

Langgar Ferrari Dapat Duit

Sharing is caring!

Nasib malang seorang penghantar barang, Lin Chin-Hsian, 20 yang melanggar empat kereta Ferrari dalam kemalangan ketika pulang bekerja mendapat simpati pengguna media sosial yang berjaya mengumpul derma lebih £135,000 (RM723,289) untuk membantunya membayar ganti rugi.

Kejadian berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu, apabila Lin yang bekerja demi membantu ibu menyara keluarga memandu pulang selepas tamat syif malam. Beliau dikatakan terlelap ketika memandu akibat kepenatan sebelum merempuh tiga kereta jenis Ferrari 488 dan Ferrari F12 menyebabkannya terpaksa membayar ganti rugi.

Antara kereta mewah yang terlibat

Semua kereta mewah itu dikatakan diletakkan pemiliknya di tepi jalan dan kemalangan itu mendapat liputan meluas di Taiwan namun orang ramai merayu pemilik Ferrari terbabit memaafkan Lin.

Menurut laporan, seramai 830 orang menyalurkan derma kepada Lin dan keluarganya kerana tersentuh dengan kemiskinan pemuda terbabit.

Balai polis turut dihujani dengan panggilan orang ramai yang bersedia untuk memberi derma kepada Lin dan ada individu bernama Chen memberi sumbangannya lebih £5,000 (RM26,788), lapor Epoch Times.

Sejak kematian bapa lima tahun lalu, dia dan dua lagi adik beradiknya dibesarkan ibu yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Lin berkata, dia bersyukur kerana orang ramai begitu baik hati untuk menawarkan bantuan dan memberi sokongan kepadanya.

“Ada di antara mereka sanggup memandu ke tengah bandar Taiwan dan bertanya di mana untuk menderma wang kepada saya,” katanya.

BBC melaporkan, salah seorang pemilik kereta mewah itu berasa serba salah namun dia tetap memerlukan ganti rugi untuk membaiki kerosakan.

Sumber : Metro

 

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: