Bayi Baru Lahir Tersumbat Dalam Paip Pembetung

Bayi Baru Lahir Tersumbat Dalam Paip Pembetung

Sharing is caring!

Tular satu video menunjukkan  seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan berjaya dikeluarkan dari paip pembetung bawah tanah.

Kejadian dilaporkan berlaku di wilayah utara Durban, Afrika Selatan.

Kejadian disedari seorang penduduk, Lyron Lovdale yang secara kebetulan melalui kawasan Newlands East sebelum terdengar suara tangisan bayi yang sedang menangis.

Dia yang curiga, cuba memeriksa dengan membuka penutup saluran itu dan terkejut melihat seorang bayi sebelum menghubungi anggota penyelamat.

Mereka mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan bayi yang tersumbat sedalam tujuh meter dalam saluran paip berkenaan.

Bayi terbabit dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan serius selain mengalami hypothermia sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki helikopter.

Bayi itu kini stabil dan polis mula menyiasat kejadian terbabit selain cuba mengesan ibunya

Video :

 

Sumber : Hmetro,dailymail

Ikuti kami di :

Sharing is caring!

Please follow and like us: